Mohd Sayuti Omar
APABILA kebetulan pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan bapa reformasi Malaysia Anwar Ibrahim dilakukan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak saya cepat-cepat melontar perspesi mengatakan pendedahan itu ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak. Saya mengira video berkenaan akan digunakan untuk bahan kempen di Sarawak.
Apa lagi ada maklumat awal mengatakan orang yang terlibat di sebalilk pembikinan video lucah itu adalah terdiri dari para samseng Taib Mahmud. Saya faham kenapa ia dikaitkan dengan Pehin Taib Mahmud kerana identiti awal yang menjadi produser, pengarah dan aktor dalam video lucah itu dikenali dengan nama Datuk T.
Maka T itu didhoman atau dipadankan (DNA hurufnya) dengan Taib Mahmud. Dalam masa sama juga DNA huruf T itu dipadankan dengan nama bekas setiausaha sulit kepada Abdullah Badawi, Tajuddin Wahad. Wah ini sudah gawat.
Saya awal-awal lagi menolak kalau T itu adalah Tajuddin Wahab kerana setahu saya Abdullah mempunyai pegawai dan setiausaha yang berwibawa, berakhlak tinggi kecuali hanya dua orang saja. Kebetulan pula saya mengenali tiga daripada enam orang setiausaha politik Abdullah. Saya kenal cukup sampai ke hati budinya. Maka saya kira tidak mungkin kalau Tajuddin Wahab yang menjadi nadi dan engen kepada pejabat Perdana Menteri adalah beliau.
Saya juga menolak kerana tidak mungkin begitu kontras di antara Abdullah dengan setiausaha sulitnya. Bukahkah orang yang cuba mengembalikan dan memulihkan imej Umno yang dikohongi oleh Mahathir kerana memecat dan memenjarakan Anwar, ialah Abdullah Badawi. Abdullah telah melepaskan Anwar dari penjara Mahathir. Tindan itu cukup menimbulkan kemarahan Mahathir sampai diganggu dan dicemuhi Abdullah sampai ke bilik tidur dan dalam masjid.
Atas hakikat itu saya tidak mengira dan menolak kalau Tajuddin Wahab atau sesiapa yang ada kena mengena dengan Abdullah ikut terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan. Tetapi kalau ia ada sangkut paut dengan Mahathir saya percaya kerana Mahathir pernah mengaibkan Anwar.
Jadi apabila ada 'Tiga Botak' yang mengaku merekalah yang punya angkara membikin video berkenaan, maka sah dan benarlah telahan saya sebelum ini adalah benar, dan spekulasi yang cuba mengiatkan mana-mana pihak termasuk Taib Mahmud di Sarawak dan juga Tajuddin Wahab tertolak. Dalam hal ini ia tidak membabitkan Taib Mahud dan tidak ada kena mengena dengan suasana politik di negeri bumi Kenyalang itu.
Barang kali inilah dikatakan orang kalau benar itu ia tetap benar dan kebatilan itu akan lenyap bila kebenaran akan tiba. Selalunya pula kebenaran itu akan muncul di hujung waktu saat manusia mengharapnya sudah letih dan hampir berputus asa.
Sebenarnya agak lucu dan pelik juga saya bila mana tiba-tiba tiga botak berkenaan muncul dan mengakui perbuatan mereka. Pengakuan itu pula secara terang, kecuali Shuib Lazim yang masih menikus dan menyembuyikan diri sampai kini. Apakah beliau merasa malu kerana kalau dilihat kepada 'jasa' lalu beliaulah lebih berakhlak berbanding dengan dua yang lain. Shuib tidak perlu malu. Beliau masih boleh tampil mencerita apa yang sebenarnya. Kita semua adalah pencari kebenaran.
Kenapa Shuib Lazim tidak muncul-mucul? Atau pun beliau terperanjat bikinan itu tiba-tiba boleh mengejutkan kerana silap teknik dalam mendedahkannya.
Biarlah, di sini apa yang hendak saya katakan, bahawa video lucah berkenaan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak. Kalau ianya diupah dan disponsor oleh Taib Mahmud untuk tayangan perdana di sana, ia adalah satu perbuatan yang sia-sia saja kerana rakyat Sarawak tidak 'peduli' kepada video berkenaan.
Semasa lebih 72 jam di Sarawak saya sempat menijau pandangan sesetengah daripada rakyat Sarawak. Mereka yang diterui rata-rata tidak mempercayaia. Syaksiah, kehebatan dan ilmu mereka mengenai Anwar secara automatik menolak aktviti berat berkenaan. Malahan mengejutkan saya isu video lucah sedikitpun tidak dfibicarakan oleh rakyat Sarawak.
Seorang pemimpin Iban bila ditanya pendapat beliau mengenai pembikinan video lucah untuk memalukan Anwar itu dengan selamba berkata; baguslah bukankah itu menunjukan kejantanan Anwar. Kita mahu pemimpin yang jantan seperti itu.
Menurutnya bagi orang Iban kalau isu video lucah hendka dijadikan modal politik ia tidak memberi apa-apa kesan. Katanya mungkin kaum itu tidak bermoral dalam kontks Islam tetapi soal-soal itu tidak menjadi masalah kepada kaum mereka.
Pemimpin Iban itu berpendapat isu video lucah itu akan memakan diri BN sendiri kerana semua orang tidak mempercayainya. Apa yang orang nampak yang jahat bukan mereka yang ada dalam video berkenaan tetapiorang yang membikin dan mendedahkan kepada umum.
Kesimpulannya isu video lucah tidak memberi apa-apa kesan. Bukan saja kepada masyarakat Iban tetapi orang Melayu juga. paling menganihkan bukan Melayu PKR, Pas atau DAP, tetapi Melayu PBB juga secara diam bersimpati terhadap Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan