Perdana Menteri enggan mendengar suara rakyat Limbang dan memorandum telah dikoyakkan! Di mana erti SATU Malaysia?
Saya berasa kecewa dan menyesal terhadap Perdana Menteri Najib (gambar kanan) yang enggan menerima memorandum DAP semasa beliau meninjau ke Pasar Tamu Limbang petang semalam.
DAP Limbang telah menyediakan dua memorandum untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Satu adalah mengenai "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".
Kami menunggu ketibaan Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6pm. Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP Leong Kwang Yew.
Semasa Leong Kwang Yew dan ADUN Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar. Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, perbuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka.
Jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!
*Kenyataan media oleh Thomas Su (gambar kiri) selaku Ketua Bilik Gerakan Pilihanraya DAP bagi DUN Bukit Kota DAP dan ADUN Pasir Pinji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan