Jumaat, 15 April 2011

‘Pihak tertentu’ cuba beli undi tuai rumah RM6,000

KUCHING: Gelombang kebangkitan rakyat mendorong pihak tertentu membeli undi RM6,000 setiap tuai rumah dan lebih RM1,000 setiap pengundi, kata pimpinan KEADILAN Sarawak, Granda Aing.
Pada sidang media di Hotel Grand Continental hari ini, beliau mendedahkan, laporan diterima secara langsung daripada tuai rumah.
“Ia berlaku di seluruh Sarawak sekarang ini. Kamu sendiri boleh agak, siapa yang memberikannya,” kata Granda yang menyelia dan memantau kerusi majoriti Bidayuh bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10.
Pengarah Pilihan raya KEADILAN, Mohamad Azmin Ali pula, berkata sambutan rakyat terhadap sangat positif.
Beliau menasihatI jentera parti supaya tidak mudah selesa dengan keadaan itu dan meminta aktivis parti untuk mempergiat kerja parti dalam tempoh yang berbaki termasuk semasa proses pengundian dilaksanakan.
“Kita wajib memastikan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi dapat keluar mengundi. Insya-Allah, jika perkara ini dapat dilakukan. saya yakin kita dapat suatu kedudukan yang cukup selesa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan