Jumaat, 15 April 2011

Kerajaan Bn tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

PAS tidak pernah bertanding di N3, Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu dalam pilihan raya umum negeri Sarawak sebelum ini.Namun, atas persefahaman dalam Pakatan Rakyat, PAS dapat menempa calonya untuk bertanding di Tanjung Datu bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang bermula sejak 6 april lalu.
Tanjung Datu terletak di Parlimen santubong dan diwakili sebelum ini oleh Dato' Seri Adenan Satem.Kali ini PAS menampilkan, calon muslimat, Nani Sahari di Tanung Datu


Membicarakan kempen dan isu setempat, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan Pengarang Berita Harakahdaily, NAZRI ABDULLAH menemui Nani selepas ceramah di Kampung Sekambal Melayu pada 9 April lalu.


Wartawan : Assalamualaikum, puan tahniah kerana dipilih menjadi calon PAS di Tanjung Datu.Setelah masuk hari kelima berkempen, bagaimana puan melihat sambutan dan persepsi pengundi di sini yang melayunya sekitar 53 peratus?
Nani : Waalaikumsalam, alhamdulillah buat masa ini setelah saya berkempen di setiap kampung dan unit peti undi (UPU) buat pusingan pertama,  alhamdulillah sambutan nampak gayanya agak baik dari [engundi di Tanjung Datu ini, maklumlah buat kali pertama kita bertanding di sini. Yang pentingnya ialah, penduduk di Tanjung Datu ini mahu buatkan perubahan kerana banyak isu-isu membabitkan pemerintah yang ada hari ini yang tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
Apa sebanya rakyat di sini mahukan perubahan, dan melihat PAs sebagai landasan membawa perubahan itu?
 Setelah saya berkempen dan melihat sendiri dari dekat, mendengar keluhan pengundi, mereka mahukan perubahan disebabkan kerajaan negeri langsung tidak memperdulikan soal bantuan, soal penderitaan pengundi yang miskin di sini, bantuan tidak pernah dapat kepada golongan sasaran.Kerajaan juga tidak mengendahkan soal bantuan kepada warga mas walhal cukup ramai warga mas disini yang mengharapkan bantuan, selain ibu tunggal.'
Selain itu, setelah saya turun padang saya juga mendapat aduan daripada rakyat berhubung bekalan air yang tiada di sini yang ada cuma elektik sahaja.Di sini masyarakat hanya mengharapkan air hujan dan gunung untuk mendapatkan bekalan air.Jika mereka mahukan bekalan air mereka perlu berbelanja lebih RM1000 untuk mendapatkan 'generator' bagi mengepam air untuk disalurkan.apakan daya, masyarakat di sini miskin dan ramai yang hidup kais pagi makan pagi. Jadi sampai sekarang ini mereka terpaksa menggunakan air gunung dan air hujan, sedangkan air ini satu keperluan asas manusia seharian.Hal ini akan saya perjuangkan kerana ia hak asas rakyat tidak kira siapa pemerintahnya..
 Pernahkan rakyat ajukan kepada kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa isu ini?
 Isu ini pernah beberapa kali pengundi bawa kepada kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa, namun tidak pernah diendahkan oleh pihak terbabit bagaimana untuk menyelesaikan masalah air bagi pengundi di sini.Saya nak sentuh tentang warga mas tadi, ada keadaan dimana ramai warga mas yang telah mendapat tawaran bantuan, namun bantuan itu ditarik balik.
Ada juga yang telah mendapat tawaran dan bantuan, sejumlah RM200, namun ditarik semula dan dikurangkan menjadi RM100, dalam keadaan sekarang ini, manakan mampu RM100 untuk mereka hidup dalam keadaan ekonomi semakin menyempit hari ini.Saya telah pergi ke rumah-rumah warga mas ini, dan saya nak pastikan samada betul atau tidak dakwaan itu, setelah saya melihat dan mendengar sendiri, ya betul isu tersebut benar-benar berlaku.
Difahamkan, isu yang paling besar di sarawak ini adalah isu tanah adat (NCR) iaitu rampasan dan pemilikan yang kabur, bagaimana di sini?
Di sini macam itu juga, mereka tak dapat geran pemilikan yang tetap, sebaliknya hanya ada TOL, itupun ianya bersifat sementara.Jika kita tengok sekarang ini selepas pembubaran Dun Sarawak, BN-PBB mula menabur projek-projek mee segera untuk memancing rakyat.Rakyat di sarawak ini hanya dapat melihat projek apabila hanya ada pilihan raya.Mereka dijanjikan sesuatu oleh BN tetapi satu pun yang akan dapat kepada rakyat, melainkan bantuan atau projek hanya kepada kalangan kroni dan sanak saudara pemerintah sahaja.
Adakah sepanjang kempen di sini, terdapat halangan untuk puan berkempen?
Nani : Setakat ini halangan cuma petugas-petugas kita ada yang nak pakai rumah berceramah dan menyampaikan penerangan disekat.Kita tidak ada media setiap hari ini berkempen, malah di televisyen hanya didendangkan kempen BN memburukkan Pakatan Rakyat, kita cuma ada kaedah berjumpa terus sahaja dengan pengundi dari rumah ke rumah, namun ianya juga disekat, kita dapat amaran dan sebagainya.Kita terpaksa buat dari rukmah ke rumah, ceramah semuanya kita kena sekat, diberi amaran jangan buat ceramah lama, sedangkan kita ada permit sampai jam 12 malam, tetapi hanya 10 malam sahaja, pihak polis yang sekat.
Apa Agenda puan di Tanjung Datu ini?
Menyertai pilihan raya bukan untuk peribadi, sebaliknya saya komted jika dipilih pengundi di sini mewakili N03 Tanjung Datu, saya akan berikan yang terbaik, akan usahakan untuk pastikan masyarakat di Tanjung Datu ini berasa bahagia, aman damai dan mendapat apa yang mereka perlukan, terutamanya kemudahan asas dan bantuan.
Adakah puan yakin boleh buat kejutan? ada keyakinan buat kejutan di sini?
InsyaAllah saya yakin akan ada kejutan di sini.Segalanya bergantung kepada usaha dan ketentuanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan