Selasa, 12 April 2011

48 tahun memerintah, BN masih gagal sedia kemudahan asas

TEBUAN: Selepas 48 tahun mentadbir, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menyediakan prasarana dan infrastruktur yang sempurna di Sarawak, menyebabkan penduduk di Kampung Sorak Melayu dalam DUN Tebedu,  hidup dalam risiko dan bahaya.
Mereka terpaksa merentasi jambatan gantung sepanjang kira-kira 50 meter untuk ke pekan Serian yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung tersebut.
Bahkan, setiap hari anak-anak di kampung tersebut berhadapan dengan risiko jatuh ke dalam sungai kerana keadaan jambatan gantung yang uzur dan usianya yang sudah menjangkau 20 tahun.
“Kalau saya jadi orang kampung ini, satu undi pun saya tak beri kepada Barisan Nasional.
“Anak-anak muda kampung ini kena sedar. Selagi mana kita tak lawan, selagi itulah mereka memperkecilkan kita,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatannya ke kampung tersebut, petang tadi.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui KeadilanDaily berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih gagal membekalkan bekalan air bersih ke kawasan itu.
Mereka terpaksa menggunakan air sungai atau menadah air gunung yang terletak agak jauh dari kampung mereka bagi meneruskan kehidupan sehari-hari.
Terdahulu sebelum itu, Anwar dalam program ceramah kelompok dan ramah mesra bersama pengundi di Kampung Sorak Sumpung. Turut hadir ialah calon bagi kawasan DUN N 18 Tebedu, Dr Christopher Anak Kiyui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan