Selasa, 12 April 2011

Siasat Radio Free Sarawak, BN tertekan pertahan kuasa

Tindakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat  Juruhebah Radio Free Sarawak (RFS) membuktikan Barisan Nasional kian terdesak mempertahan kuasa di negeri itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari mempersoalkan tindakan tersebut, sedangkan RFS hanya mendedahkan fakta berkaitan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“RFS dedahkan kezaliman Pemimpin rasuah dan rampas harta rakyat disiasat bersungguh-sungguh, tetapi blogger BN bersama Tv3, Utusan dan sewaktu dengannya  menyiarkan video berunsur lucah boleh pula,” ujar beliau merujuk keengganan pihak berkuasa menahan dalang di sebalik rakaman lucah palsu, yang dimuatnaik ke internet baru-baru ini.
Semalam, Rais dilapor mengarahkan SKMM menyiasat Juruhebah RFS dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Siasatan itu susulan laporan polis yang  dibuat Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kononnya pendedahan RFS itu menyentuh aspek keselamatan di Sarawak.
Stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu dikatakan bersiaran di London, dan banyaka memainkan peranan membongkar penyelewengan dan salahguna kuasa yang  dilakukan Taib Mahmud- membolot harta kekayaan Sarawak untuk diagihkan kepada dirinya dan kroni.

Menurut Ahmad Nazib, yang juga calon KEADILAN DUN Satok, intimidasi SKMM ke atas radio berkenaan membuktikan badan itu cuba diperalat Umno-BN
Ia dilakukan demi kepentingan politik mereka, terutama ketika menjelang pilihan negeri Sarawak, 16 April ini.
“Isunya bukan keselamatan, isunya ialah kezaliman kerajaan Sarawak pimpinan Taib Mahmud. Taib perintah 30 tahun, harta melimpah ruah tetapi pada masa sama majoriti rakyat miskin papa kedana.
“Rakyat mahu tahu, kekayaan Taib itu diperoleh dari mana kerana ia tidak berpadanan dengan gaji yang diterima, rakyat yakin Ketua Menteri paling lama di Malaysia ini terlibat dengan rasuah. Itu isunya,” tegas beliau.
Justeru Ahmad Nazib turut mempersoal berpuluh laporan yang dibuat ke atas rasuah membabitkan Taib Mahmud seperti yang didedahkan laman web Sarawakreport.org, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.
“Kita juga ingin bertanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apa status siasatan terhadap puluhan laporan yang dibuat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak bersama Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai harta Taib dan turut didedahkan Sarawakreport sebelum ini.
“Berbanding laporan Pemuda PBB kita terlebih dahulu membuat laporan, mengapa tiada tindakan lanjut sehingga kini,” soal beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan