Calon DAP Leong Kwang Yew berkata, DAP akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib semasa beliau melawat ke Limbang pada 14 April 2011.
DAP ingin menyampaikan mesej rakyat Limbang kepada Perdana Menteri supaya beliau mengambil langkah untuk mengatasi masalah Limbang Hospital yang tiada doktor pakar dan perlu dilengkapi dengan kemudahan lagi.
Pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang juga melawat ke Limbang Hospital semasa beliau berada di Limbang pada 10 April 2011.
Di samping itu, DAP Limbang telah melawat ke rumah panjang Merasam pada 11 April 2011 malam dan mengadakan satu ceramah di situ.
Terdapat lebih kurang 150 penduduk yang mendiami di Rumah panjang Merasam. Mereka masih menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Penduduk-penduduk di situ terpaksa menggunakan mesin generator sendiri.
Leong Kwang Yew berkata, dia akan menghantar surat aduan rumah panjang Merasam kepada Perdana Menteri supaya pihak kerajaan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan